dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Semangar Dalam, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Salam Maulidurrasul

17 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2016, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan program Salam Maulidurrasul. Pelbagai pertandingan yang disediakan oleh pihak pengurusan iaitu pertandingan mewarna, puzzle, item search dan word search. Program ini diadakan bagi menyemarakan lagi suasana sambutan maulidurrasul di Kampung Semangar Dalam. Program ini berlangsung bermula dari jam 2.30 hingga 6.00 petang.

Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan islam dalam jiwa masyarakat. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim komuniti serta memberi peluang kepada generasi muda mengasah bakat dan meningkatkan IQ komuniti dalam pertandingan yang disediakan. Ibu bapa yang turut serta juga memainkan peranan penting bagi pihak pengurusan lebih mengenali komuniti dan dapat menjadikan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia ini sebagai Pusat Ilmu dimasa akan datang kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.